**** ^.^ ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLALLAH HIBARAKATU ^.^ WELCOME TO MY BLOG ^.^ THIS STORY IS ABOUT ME ^.^ ITS ABOUT MY LIFE ^.^****

Sunday, July 31, 2011

storyy BaiKK punYa!!

Inilah cabaran utk ibubapa zaman sekarang.....aduss...mmg boleh gugur jantung kita dibuatnye....




Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… .

mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 17thn



......Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…



______________________________​______________________________​______________________________​_____________



Ayahku yg tercinta,



Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia.. ayah mesti setuju

walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya.



Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua).

Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama.



Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.



Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.



Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 17 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg tercinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… …

______________________________​______________________________​______________________________​_____________



keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .



PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis di atas itu benar, segalanya gurauan belaka. Aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… .. Jangan Marah aaaa...

Friday, July 29, 2011

*jUz a S!mpLe w0rD*

 Jika perlu MARAH,
 marahlah.. 
 tetapi usah terlupa dengan perkataan
 SABAR..


 Jika perlu MENANGIS,  
 menangislah.. 
 tetapi usah terlupa dengan perkataan
 TENANG..



 Jika perlu PATUH,
 patuhlah.. 
 tetapi jangan sampai hilang
KEMERDEKAAN..



 Jika mahu MISKIN, 
 miskinlah.. 
 tetapi jangan terlalu miskin, 
 nanti mudah menjadi 
 KUFUR..


 Jika mahu KAYA, 
 kayalah..
 tetapi jangan terlalu kaya 
 sampai terlupa perkataan
  SEDEKAH..



 Jika mahu menjadi WARAK,
 lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya
 tetapi jangan terlupa keperluan
DUNIA..

Tuesday, July 26, 2011

~Cerita insaf untukmu dan untukku~


 
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari

Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama

para sahabat. Kemudian datang pemuda

...Arab masuk kedalam masjid dengan

menangis. Apabila Rasulullah S.A.W

melihat pemuda itu menangis , maka

baginda pun berkata ,

"Wahai orang muda , kenapa kamu menangis?"



Maka berkata orang muda itu , "Ya

Rasulullah S.A.W , ayah saya telah

meninggal dunia dan tidak ada kain kafan

dan tidak ada orang yang hendak

memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W

memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar

r.a. ikut orang muda itu untuk melihat

masalahnya. Setelah mengikut orang itu ,

maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.

mendapati ayah orang muda itu telah

bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka

mereka pun kembali dan memberitahu

kepada Rasulullah S.A.W , "Ya Rasulullah

S.A.W , kami lihat mayat ayah orang ini

bertukar menjadi babi hutan yang hitam."



Kemudian Rasulullah S.A.W dan para

sahabat pun pergi kerumah orang muda itu

dan baginda pun berdoa kepada Allah

S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar

kepada bentuk manusia semula. Lalu

Rasulullah S.A.W dan para sahabat

menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila

mayat itu hendak dikebumikan , maka

sekali lagi mayat itu berubah menjadi

seperti babi hutan yang hitam. Maka

Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada

pemuda itu , "Wahai orang muda , apakah

yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu

dia didunia dulu?"



Berkata orang muda itu , "Sebenarnya

ayahku ini tidak mahu mengerjakan

solat." Kemudian Rasulullah S.A.W

bersabda , "Wahai para sahabatku ,

lihatlah keadaan orang yang meninggalkan

sembahyang. Dihari kiamat nanti akan

dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti

babi hutan yang hitam."



Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang

lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu

mereka menyembahyanginya , tiba2 kain

kafan itu bergerak. Apabila mereka

membuka kain kafan itu , mereka melihat

ada seekor ular sedang membelit leher

mayat tersebut serta memakan daging dan

menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba

membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular

itu , maka berkata ular tersebut ,

"Laa ilaaha illallahu Muhammadu

Rasulullah , mengapakah kamu semua

hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa

dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang

memerintahkan kepadaku supaya

menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya , "Apakah

kesalahan yang telah dilakukan oleh

mayat ini?" Berkata ular , "Dia telah

melakukan tiga kesalahan , di antaranya;

1. Apabila dia mendengar azan , dia

tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.

Maka inilah balasannya..

Monday, July 25, 2011

sejauh mana ea kita bersabar??


alt
aq ciplak artikel iluv islam nyh mcm tertarikk plak cter dy.ujian allah kasi nyh mcm2 an.lo kita x sabar la xd pegangan agama hancur idop doe..bile bce cter nyh an ase sebakk glerr waa saba gler dy..na tau cterr bce jgn x bce..
Pernahkah anda mengalami stress yang melampau? Mungkin ada antara kita yang pernah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan seperti membunuh diri dan mencederakan diri sendiri ketika menghadapi tekanan yang melampau. Ada juga yang gemar menjerit terpekik terlolong ketika stressmenyelubungi diri. Saya sendiri contohnya, pernah menghabiskan beratus-ratus ringgit semata-mata kerana memesan semua menu yang terdapat di McDonald akibatstress yang melampau.
aq pon pnah stresss tp aq stress sumbat earphone kat tlingaa then nyanyii puass2..wak2 uh ase nakk menjeritt kuat2 kat lautt.tp aq jrg ar na stress2 nyh.org len stress aq bole ilekk jew haha xtaw la npe xd perasaan tol.kay2 sambung bce...
Syeikh al-'Arifi, seorang penulis buku Arab yang terkenal menceritakan kisah beliau tatkala beliau berkunjung ke Madinah al-Munawwarah untuk menziarahi sahabatnya Khalid. Dalam pertemuan itu, Khalid mengajak beliau untuk menziarahi sahabat mereka berdua, Dr. 'Abdullah. Dr. Abdullah merupakan seorang cendekiawan yang terkenal dengan akhlak yang mulia dan beliau sentiasa tersenyum.
Kisah Dr. 'Abdullah ini cukup menyayat hati. Beliau diuji dengan dugaan yang sangat kuat oleh Allah S.W.T.
Suatu hari, anak lelaki sulung beliau membawa semua ahli keluarganya ke satu kenduri perkahwinan tidak jauh dari rumah mereka. Hanya Dr. 'Abdullah yang tidak ikut serta ekoran tuntutan kerjaya beliau di universiti. Siapa sangka itulah kali terakhir beliau hidup bersama mereka. Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu anak sulungnya kemalangan dan mengorbankan keseluruhan ahli keluarganya, kesemua 11 orang!
Walaupun Dr. 'Abdullah selalu bersabar apabila dihadapkan dengan pelbagai ujian, tetapi beliau tetap merupakan manusia biasa. Beliau tetap punya hati dan perasaan dan mata yang bisa menangis. Dia juga mempunyai jiwa yang kadangkala gembira dan kadangkala sedih.
Sungguhpun berita itu sangat merapuhkan hati, beliau tetap menyembahyangkan jenazah dan mengebumikan mereka dengan tangannya sendiri. Setelah selesai pengebumian, Dr. 'Abdullah pulang ke rumahnya yang pernah dihuni oleh anak-anak dan isteri beliau. Dengan hati yang masih terluka, beliau mula menjelajah ke segenap pelusuk rumah. Sunyi, sangat sunyi. Tidak seperti sebelumnya.
Beliau memandang mainan yang terbiar di atas lantai. Tiada lagi Khulud dan Sarah yang riang bermain dan kadang-kadang berebut permainan sampai bertelingkah kecil. Sungguh girang hati-hati suci itu!
Beliau menjenguk kamar tidur beliau dan isterinya. Matanya tertancap pada katil yang tidak dikemas kerana tiada lagi Ummu Salih, isterinya yang dicintai sepenuh hati yang setiap pagi akan mengemas katil mereka berdua tanpa bersungut. Basikal Yassir sepi sendirian tersandar pada dinding rumah. Tiada lagi pemuda mulia itu yang setiap petang akan menunggangnya ke pekan.
Beliau masuk ke kamar anak gadis sunti beliau yang sudah merancang untuk berkahwin dengan pemuda soleh pilihannya sendiri tidak lama lagi. Pakaian pernikahannya masih elok tersusun tidak terusik apatah lagi dipakai.
Masya-Allah. Kamu menghadap-Nya di saat-saat pernikahanmu semakin hampir!
Alangkah hebatnya seorang hamba Allah redha akan ketetapan Tuhannya. Sesiapa sahaja yang melihat beliau ketika mendapat ucapan takziah daripada orang ramai akan pelik. Kerana seolah-olah yang meninggal itu bukan sesiapa baginya. Malah beliau yang sebaliknya menasihatkan tetamu yang datang dengan tazkirah ringkas beliau.
Beliau sentiasa mengulang, "Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. Segala yang Allah kurniakan, itu kepunyaan-Nya. Segalanya telah Allah tetapkan."
Bayangkan jika beliau tidak redha dan bersungut atas kehilangan mereka. Lama kelamaan, beliau akan mati kerana kesedihan yang melampau. Kerja tidak akan menjadi. Hidup tidak dapat diteruskan dengan sempurna.
Benar sahabatku! Jangan kamu cuba untuk bunuh diri dan janganlah setiap kali kamu berbual dengan orang ramai, kamu mula bersungut terhadap dugaan Allah sampaikan orang lain mulai jemu dengan kerenahmu.
Contohnya apabila seorang isteri kerap sekali mengadu kepada suaminya, "Bang, rumah ni dah lama sangat dah.. Bang, kereta buruk tu dah selalu sangat masuk bengkel.. Bang, baju ayang dah out of fashion.."
Sudah tentu lama-kelamaan si suami akan menjadi bosan dengan sikap isterinya itu dan tidak mustahil andainya si suami tersebut mula mencari-cari bakal isteri baru.
Adalah lebih elok kalau kita terima segalanya seadanya. Tidak guna mencemuh mengatakan itu begitu, ini begini, yang itu begitu, yang ini begini.
Ingatlah wahai diri dan sahabat, dugaan itu tidak merupa dalam bentuk kesusahan sahaja, malah kesenangan yang ada sekarang juga adalah dugaan. Dugaan yang diciptakan untuk menguji hamba-Nya yang bersyukur dan hamba-Nya yang kufur. Wallahualam.
 
© Copyright 2035 ++AkU pUnyA stOrY++
Theme by alynz