**** ^.^ ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLALLAH HIBARAKATU ^.^ WELCOME TO MY BLOG ^.^ THIS STORY IS ABOUT ME ^.^ ITS ABOUT MY LIFE ^.^****

Monday, October 31, 2011

CERITA YANG TAK MASUK AKAL




fikir..renung-renungkanlah..dan selamat beramal..




Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!






"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman,

 (2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran 

(4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 

~Surah Al-'Asr.







wallahualam..kadang-kadang kita ni manusia selalu lupa dan leka..ilmu penuh di dada bercakap berhujah bukan main hebat tapi untuk beramal dengan ilmu??


tepuk dada tanya iman..dimana kedudukan kita sebenarnya

Thursday, October 27, 2011

jiwang!! entry merapu..^.^


Tiba-tiba aku nak menulis entry jiwang pulak

Haha jiwang ke??

Boleh la sikit-sikit kowt

Tiba-tiba aku teringat satu novel ni..tiap kali dengar lagu ni kan

Terus teringat watak-watak dalam novel tu

Macam mana aku boleh ingat

Sebab lagu ni la..sweet sangat

Ni cerita novel tu la..

Diorang ada Trip company pergi mana tah so salah satu programnya kena main true or dare

Laki ni kena main lagu siap bagi gitar lagi..then pompan tu pulak kena nyanyi

Punya la penat pilih lagu..lagu pompan tu tau..laki tu tak tau

Then sampai la lagu ni..dua-dua tahu huhu

Sweet sangat diorang tu..coz before ni macam anjing dengan kucing

Pantang jumpa asyik gaduh..

Then start la nyanyi..intro baik punya dan pompan tu pun nyanyila..

Seindah tiada lagi kau ku ingatkan
sayang kau hilang
menanti biar sampai akhir hayat
 ku di dunia ini

 kau tahu batapa ku sayang padamu
hanya bidadari sebagai ganti
hanya takdir menentukan ia
oo belaian jiwa..

oo angin sampaikan lagu ku padanya
yang sedih pilu
terimalah lagu ku jadi teman hidupmu
tuk selamanya..

kau tahu betapa kusayang padamu
hanya bidadari sebagai ganti
hanya takdir menentukan ia
 oo belaian jiwa..

sayang..kembalilah padaku kurindu belainmu ku harap kita kan bersama selamanya

kau tahu betapa kusayang padamu
hanya bidadari sebagai ganti
hanya takdir menentukan ia
 oo belaian jiwa..

sayangg padamu
hanya bidadari sebagai ganti
hanya takdir menentukan ia
 oo belaian jiwa..

abeh je nyanyi memang terpukau kawan-kawan diorang and laki tu jugak..

haha udah-udah la tu..kang silap hari bulan aku pulak tulis novel ..

cerita novel biasalah jiwang habis

gaduh-gaduh..jatuh cinta..then bila nak bersama ada halangan la orang ke-3  la

almost novel camtu..konflik itu ini..macam-macam pe’el lah

macam-macam watak..tak kering idea eh penulis-penulis novel

manusia ni kan seribu satu ragam..so macam-macam cerita boleh terpikir

ada laki yang gila romantikk nak mampos

ada laki cool habis arr

ada laki yang ego nak mati..bila ada depan mata sia-sia..bila dah hilang mula lah terhegeh-hegeh nak cari

ada laki yang panas baran..cemburu habis then tau kebenaran menyesal gitu

watak lelaki yang paling aku bengang syed adzril dalam andai itu takdirnya..bengang tahap megawatt lahh rasa nak bunuh je laki camtu

starting gaduh-gaduh jugak..nak balas dendam punya pasal saje mainkan pompan ni..gila romantik lah jadi..alih-alih dia yang jatuh cinta..then salah paham nampak pompan tu dengan laki lain mau tak mengamuk gila..dia nak mainkan pompan tu alih-alih dia kena main pulak ego tercabar ar..terus dingin dengan pompan nie..salah paham uh sebab orang ketiga..then kena tangkap khalwat..tak pasal-pasal pompan tu kena maki nak perangkap dia..sadis betul jahat gila la laki tu..asyik kena pukul je pompan tu..then dia campak je pompan tu kat tepi jalan lepas dia dapat yang dia nak..alkisah pompan tu pun mengandung 7 or 8 bulan camtu kowt dia balik rumah laki tu nak ambil barang..kena halau kaw-kaw ar..sampai laki tu tak ngaku tu anak dia..dia heret pompan tu..hantuk kat dinding then sepak-sepak..gila kejam ar aku yang baca rasa nak ambil pisau pergi  tikam je laki tu..dah pompuan tu tengah mengandung..lepas tu terus bersalin anak kembar tapi satu lagi mati..baru laki tu menyesal..then banyak agi ar konflik..lepas pompan tu maafkan laki tu buat hal lagi waduh orang ke3 punya pasal..memang ego nak mampos ar laki uh..memang sentap abeh ar baca dasyatt!!cerita yang paling banyak konflik.kalau happy ending ok ar buatnya sad ending bengang tak terkata..siti rosmizah punya novel memang dasyat ahh..

novel ni aku beli time f3..memang sayang ah..novel ni yang berjaya buat aku nangis dengan dasyatnya haha..sekali kena rampas dengan prefect..asyik pusing-pusing pas satu sekolah mau tak lunyai novel tu..dapa balik kat aku time f4 dah renyuk then kulit pun tak ada dah..jangan isi relai sudah..menangis aku kat situ..apa ingat aku beli pakai air liur apa..


bila aku baca novel sekarang aku tak tahu dah nak lepas bengang then ulas-ulas cerita dengan sape haha dulu kat sekolah beriya la..then bila dah masuk u aku rasa tak sempat nak bukak novel dah..lain la sekolah enjoy bukan main lagi

dari entry jiwang dah jadi bengang nie haha tah hape hape jep..

ha ada satu lagi cerita paling aku lawak gila-gila ar..tak tau nak kata..memang gelak tak berhenti
beting antara laki nan pompan ni main golf sape kalah jadi kuli

pompan tu pakai rambut palsu rambut alfro..sekali tengah main angin kuat alkisahnya tertanggallah rambut alfro tu..ok lagi jatuh bawah

then angin tiup lagi melayang kat kawan si laki tu..si kawan laki tu botak elok-elok je angin bawak rambut tu jatuh atas si botak tu..

tadi matahari menyilau-nyilau sekarang dah redup pulak eh..kawan si pompan menyindir

kalau baca memang lawak habis..memang gelak tak boleh nak tahan

adikku  : gila apa gelak sorang-sorang

sumpah lawakk dehh..

alahai kalau gini ler bila nak abeh cerita..aku tak ada keja sekarang ni..duduk bengkel ni melangut je..untung-untung ada kom..tak la bosan sangat..

aku dah naik muak dengar radio suria neyh..lagu yang sama pusing dekat 2 3 4 kali dalam sehari haha tapi best jugak  la..

kalau tak main game aku duk mengedit gambar..

pastu ayah pun membebel la keje ngarut ni hang nak la buat keja ayah suruh hang tak mau buat..aku buat apa..tapi lambat sikit la nak admit..

besa la aku keja suka buat last minit..tengah-tengah main-main  dulu

udah la tu aku merapu satu hari ni..
tu la bahana tak ada membe nak hoha hoha aku hoha hoha la kat sini..

hari-hari hujan kat sini..asal petang je turunlah hujan mencurah-curah..akhir tahun la katakan hujan memedang..

kadang-kadang allah sengaja sembunyikan matahari

kemudian dia datangkan petir dan kilat

kita menangis dan tertanya-tanya

kemana hilangnya sinar

rupa-rupanya allah nak hadiahkan kita pelangi

wallahualam ~




Wednesday, October 26, 2011

testpen??

aku ada satu story nak cerita..

tak tau la nak kata lawak ke lucu ke..tapi ni la kebenarannya

alkisah..

zrettt!!zrettt!! nsetku vibrate..

alahai siapa pulak telefon aku ni..

aku pun tengoklah pemanggilnya..

alamak ayah telefon..

(almaklumlah baru bangun tidur tp jam dah pukul 10.30 am)

nak spot cek aku ke ni..?

control suara macam dah lama bangun..

ayah   :  yong kat mana?

aku    :  kat rumah lagi..kenapa ayah?

ayah  :  nanti nak mai bengkel bawak testpen..ayah bawak balik rumah semalam

aku    : apa dia ayah tpen.epen??

ayah   : testpen

aku    : benda apa tu ayah?

ayah   : testpen la..tempat ayah cucuh api tu..

aku    : kat mana

ayah  : kat dapur..tengok lah kot dalam almari tu

aku actly blur apa ayah aku nak ni testpen??apa kemenda tu??cucuh api??blur tahap megawatt gila larr baru bangun pulak otak tak boleh nak pikir..

aku bangun bukak tudung salji woww nasi lemakk mak buat pulak tu

apa lagi melahap la dulu..

masuk bilik balik nak ambil towel mandi tengok ayah misscall..alahaii kejap ayah kejap

then lepas mandi..ayah telefon lagi

ayah  : hang buat apa yong?

aku   : kejap la baru sudah mandi

ayah  : suruh la adik mai hantar jap

aku   : kejap nak gi dah..benda apa ayah nak

ayah  : testpen kat dalam almari dekat dapur

aku   : testpen tu benda pa?

ayah : la yang ayah duk cucuk api tu

dalam otak aku duk terbayang tempat cucuh api yang dalam lab waktu buat experiment kat sekolah yang macam pistol tu apa kebenda tah namanya..tak kan nak benda tu kowt bila masa pulak ada kat rumah..blur habis la pegi tanya ayah


aku  : hok macam pistol tu ke ayah

ayah : pistol apa pulak..yang ayah duk cucuk kat api tu

baru terfikir api?alektrik la..baru tebayang oo benda tu

aku : la cakap la macam sepana tu

then aku cari-cari jumpalahh..bawa pergi la kat ayah

aku : nah ayah

ayah : yong ni nama dia testpen..ada ke pergi tanya pistol..nasib ayah tak kata pistol amin tu..

aku  : mana orang nak tau..

ayah mak cikyan dah gelak-gelak kat aku..yela orang mintak testpen aku pergi tanya pistol waduh-waduh

ni ha testpen..bikin malu je tak tahu





alkisah ~the end~

note : ok tau dah sepana tu namanya testpen

Tuesday, October 25, 2011

titian kejayaan

titian kejayaan?
apa aku nak cerita sebenarnya..
apa ingat aku nak kasi talk ke..haha bukan la
ni tajuk lagu tyme orentasi form1..my friend taayah ingat lagi??
kalau tak ingat..gila lost memory betol la


tiba-tiba aku nak menulis entry time sekolah..rindu kowt..orang lain semua sibuk belajar dah nak abeh semester 1 pun so aku bosan kat rumah..rindu budak-budak taayah


denga2 la balik imbau-imbau memory..



ni kira lagu tema waktu orientasi..
so memang selalu la nyanyi..
tak sah la kalau tak mengalir nyanyi lagu ni


Mengejar kejayaan
Mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu
Ayah serta ibu, ku menjejak ilmu

starting dah rasa sebak mau tak nye first time jauh dari mak ayah duduk asrama la katakan


Sedetik yang berlalu
Impianku satu
Gemilang diri, peribadi
Dengan ikrar janji, kata ditepati


Kejayaan diimpikan
Usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita


bila dah ramai-ramai nyanyi memang gila semangat lah..kira macam masuk sekolah tu bawa harapan mak ayah kan..so semua orang nak berjaya siapa tak nak mak ayah diorang bangga dengan kejayaan kita kan?


Kecemerlangan satu wawasan
Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan


Zaman berzaman teguh harapan
Semurni impi kita pastikan
Berjaya hingga akhirnya

memang tak dinafikan memang leleh tiap kali nyanyi lagu ni..
memang bermakna lagu ni..memberi semangat time tu..
fasilatator that time pun memang best la..

haha ingat tak nyanyi 
dam dam dara 
li dam dam dara 
li dam dam dara lidam 
daram dam dam haha lawak giler la..
time nyanyi slow boleh la folow lagi bila dah laju kelam kelibut buat gaya..

one more
oo epoi itai tai epoi
oo epoi itai tai epoi
oo epoi itai tai epoi
tuti tuti epoi tuti tuti
eeyahh

dah macam lagu apa dah 

betul la orang kata zaman sekolah la paling best kan??kan??

ni sekolahku yang sekangkang kera..so budaknya pun jadi malas-malas sebab malas jalan haha betul ke teori aku ni?merapu je..betul kowt..


kalau aku iyalah..dm dewan makan yang dekat pun malas turun..

pergi sekolah apatah lagi mentang-mentang tak payah jalan jauh-jauh suka hati je bangun lambat..hakikatnya memang aku lambat pun..

mau taknye 6.30am baru bangun mana nak iron baju..mandi..solat lagi..haha kena express la pagar asrama tutup 7.05am..pagi-pagi dah kelam kelibut..

nasib baik lepas la..nasib tak baik kena tulis nama la..rasanya perfet pun dah tak larat nak ambil nama..markah merit pun dah bawah tanah..

kalau ckgu ada nasib tak baik la kena denda..yang selalu tutup pagar ni siapa lagi kalau bukan papa ery yang tercinta..rajin benor dia nak ambil tugas prefect..kalau dah kena tahan tu berjam-jam la pulak terkandas kat pagar tu..

lakon semula hehe ni lepas spm tak ada keje..
pantang betul nampak kamera..posing punyalah

ada sekali tu lambat waktu esoknya nak jamuan raya f4 ni denda yang tak masuk akal ustaz ubai yang tersayang kasi denda..siapa yang kena denda dengan aku waktu ni angkat tangan haha..

suruh kutip sampah sekeliling sekolah..pusing court botam(bola tampar)..then tak cukup tu kena tangkap gambar pegang kertas "saya datang lewat sekolah" kowt aku pun samar-samar dah memory..waduh lepas tu tayang gambar dekat   sis(sistem informasi serata)..tak ada kerja betul..tak cukup tu esoknya waktu jamuan tu kena denda lagi dah la aku pakai heels la jugak sakit gila kaki baii..kena angkat meja bukan meja biasa meja dm yang panjang tu..kemas benda-benda yang bersepah dekat tapak jamuan tu..bengang tak terkata..ustaz ubai punya denda

lagi aku kena denda dengan dia..kena cuci tandas ee apasal la dia suka denda benda-benda macam ni..sebab aku tak pergi prep dan2 la pulak dia cek dorm..waduh bukan selalu buat amal jariah ni..siap pantau lagi bersih tak.. kalau ada kamera aku dah abadikan buat kenangan tapi tandas bukannya kotor pun mak cik cleaner dah cuci so nak cukup syarat basahkan balik je lantai tandas tu huahuahua

pernah lagi kantoi dengan ustaz ubai dengan cikgu fikri..ingatkan derang tak cek dorm so melanding sedap je atas katil

sedap-sedap tidur..tok.tok.tok

timah  :  wei ton cikgu arh
aku    :   camne ni..kelam kelibut ambil tudung 

ko tolak aku.aku tolak ko suruh bukak pintu yang cik suhaili sedap je selubung dalam selimut

aku  :   aku bagi alasan sakit perut eh

then bukak ar pintu..tersembur muka cikgu dua orang tu

cikgu  :  ni kenapa tak pergi prep ni?
aku    :  gila wat muka kesian siap pegang perut lagi..sakit perut cikgu
cikgu  :  kamu pulak timah la tu
timah  :  saya senggugut ckgu
cikgu  :  tu suhaili tu
timah  :  dia demam cikgu

then cikgu pun belah..

free2 je wat sandiwara sketsa kat situ

denda dengan sir rezaudin lagi la..rotan peh berbirat..siapa yang pernah tu tau la nikmatnya

ni sir din pulak terjah dorm..ni sebab f4 balik bilik time rehat makan maggi yang kitorang ni f3 ponteng aktiviti lepas pmr duk tidur la dalam bilik aku.dayat.ecot.ili...sedap2 tidur sekali kedebumm!!pintu terbukak

sir bukak camtu jew..terkejut berukk arr aku tidur bawah tak apa lagi..ecot tidur atas katiil bergolek jatuh katil..kelam kelibut cari tudung sweater free2 kena rotan time tu jugak..

f4 ibnu sina pernah gaduh dengan sir dasyat time ni..dia ajar kitorang wat ignore je..kira protes arr..sampai dia tak nak ajar kitorang dah..dia ajar fizik kira best ar belajar dengan dia masyukk gitu..dah lama tu..tak patut pulak buat macam tu..so minta maaf la dengan sir..tak syok kowt kelas time tu

denda yang agak teruk kena dengan sir..scramblerr..waduhh setengah jam tu..shaken body..tak terkata ar..

sebab?tengok bola..waktu piala dunia tu..mau taknye pecah masuk bilik tv tengok match waduh tak boleh lupa betul sampai cikgu nazri pergi potongnya wayar tv..tak nak kasi tengok waa sampai hati cikgu..kot iye pun tunggu la final berapa hari je lagi..

tapi dapat jugak tengok final alternatif lain la..laptop kan ada..haha selalu dekat dorm dah dapat wireless tau tapi at that time cikgu mail tutup kowt so kena pergi sekolah la jawabnya..nak tau kitorang buat macamne?

mission:aku.timah.aly.ayan..lai ajak ikut taknak takut kantoi

aku timah cari laptop..dapat zarifa punya 

then apa lagi keluar ikut lubang rahsia pergi kelas dekat dengan sis(merangkap cc la lebih kurang) so confirm ar ada wireless..lawak kowt lari macam apa je redah padang..terhendap-hendap kang pak gurd nampak free je kena cekup p/s suhaili jangan gelak kat aku haha 

selamat tarak kantoi punya..

last kena denda almaklumlah nak spm tu..nak cari masalah lagi..cukup-cukuplahh huhu

cikgu nazri pulak tak habis-habis cari pasal dengan batch kitorang..sekali tu dia mengamuk bilik bersepah.tak ada benda lain dah dia nak mengamuk pun..bilik bersepah..bilikk bersepahh..memang hakikat bersepah pun nak trial an buku bersepah ar..teruk sangat ke eh bersepah uh..tak tau nak kata arr..segala nota2 pun abeh dia koyak lekat dekat loker an banyak pulak tu..time tu jugak dia suruh balik dorm segera walhal nak trial bm kowt..waduh balik bilik dah macam tongkang pecah..nak xnak kemas ar jugak dalam hati dah sumpah seranah dah..jawab trial dengan bengang2..memory betul

dengan sir din


dengan cikgu umi

dengan pk aini dulu pk sekarang dah pengetua
dengan ustazah fatimah


tidur dalam kelas cikgu aini memang free2 kena baling marker huhu sebab aku pun pernah kena..

sekarang dah keluar mula la rindu dengan cikgu..bebel-bebel cikgu.nasihat sebenarnya ustazah fatimah first of all nya dari f1 sampai f5 nasihat dia dah boleh buat buku agaknya..berebut nak makan cucur ustazah huhu 

memory an mana boleh nak lupa,mana nak dapat kat tempat lain..

5sina with teacher salwani

spm

pejuangan terakhir selepas 5tahun di bumi taayah dan berakhir dengan kejayaan yang cemerlang..aku bangga dengan batch46 dan sekarang semua mengejar cita-cita masing-masing di menara gading..
all the best semua!!





mood :
aku rindu dak taayah..zaman nakal kat sekolah..tarbiyah..usrah..ceramah..zikrulai (kononnya pergi..walaupun jarang still rasa rindu)



























Saturday, October 22, 2011

kenapa aku perlu bersedih??

kenapa aku perlu bersedih??


persoalan untuk diriku sendiri..knapa tiba-tiba kita boleh bersedih..kdang-kadang hati nih terasa kuat bila ujian datang

kuat diluar..tak nak orang tau yang kita nih sedang sedih..kadang-kadang terpikir kenapa nak sedih??

mesti ada orang cakap

"gila hati batu kau"


"tabah giler"


sedih?kalau aku la..kadang-kadang aku tabah hadapi benda tu..macam aku tau aku sakit tu..aku tak tau apa perasaan aku..

nak sedih?
nak menangis?

mula-mula tau aku sakit memang tersentap..tak sangkakan..kita normal sihat then cek doktor sakit kritikal..
memang tak tahu nak cakap apa spechless..
sedih sangat..tp tahan dalam hati..aku tak nak nampak lemah..

waktu aku tau aku sakit..aku buat medical cek up la nak masuk u..pergi pun dengan pekerja ayah aku cikyan..bila dah jumpa doktor then dia ckap camtu..aku tak tau nanti balik macam mana nak bagitau kat mak kat ayah..aku sedih..tapi aku tak boleh nak show dkat diorang yang aku sedih..sakit biasa-biasa tak pe jgak..ni sakit jantung tu..

waktu tu memang aku doa je kat allah s.w.t

ya allah tabahkanlah hatiku ini menerima ujianmu..sesungguhnya hambamu ini lemah..kuatkanlah hatiku


tak kan aku nak menangis meraung macam orang tak ada iman pulak..aku yakin ada hikmahnya..
tapi aku sedih tengok mak aku asyik menangis je sebab aku..walaupun dia tak nangis depan aku..riak muka nada aku boleh tau..

mula-mula admitted dekat wad hospital taiping biasa je la..waktu tu tak tau lagi kritikal sampai kena operate soon
waktu opoiment dekat ijn baru tau doktor tu ckap kritikal

aku waktu tu no feeling aku macam tak rasa apa-apa pun..waktu doktor tu cakap aku boleh senyum lagi
doktor tu cakap

ni dah kritikal ni dik kalau datang lewat memang tak boleh diselamatkan lagi

aku senyum j ar..xtau nak ckap apa xkan aku nak melalak macam dalam filem tu

ap doktor??kritikall??doktor tipu saya kew??doktor wat test lagi..kalau salahh saya saman doktor!!


orang x ada iman je nak mengamuk macam tu..dah memang takdir tertulis macam tu..redha je la doktor tu cakap kat aku

senyum lagi kamu.benda ni bukan main-main..maaf saya cakap memang maut

sentap trus aku..nganguk je la aku..admitted masuk ward waktu tu jgak..operation soon..aku pegi rabu kowt jumaat operation..mau tak terkejut mak aku..

then aku xberapa sihat so tangguh operation doktor sruh balik rumah rehat aku balik u nak belajar banyak sangat tertinggal kowt..bru 2 minggu..then nanti aku cuti 2 bulan..macam mne aku nak pick up alahai then aku amik keputusan tgguh lar

aku xtau macam mne nak sedih..aku pendam je..biar hati je rasa sakit..then ok..tp bila aku kne marah dgn someone sedih xtertanggung memang aku menangis semahu-mahunya..then lepas nangis rasa lega giler tak tau mcam mane nak gambarkan..

kita kadang-kadang boleh tahan kesedihan xnak menangis..kadang-kadang tu jgak la airmata senang sangat nak keluar..

bila hati nyh sakit sangat..sedihh sangat..tp tahan then kalau sembahyang mesti berjurai jugak

ya allah tabahkanlah hatiku..ujianmu sugguh berat..kenapa aku diuji begini..


lagu muhasabah cinta by edcoustic..kalau aku dengar,rasa macam nak mengalir air mata bermakna sangat


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



aku xnak persoalkan sebab semua ni ujian dri dia..mesti ada hikmahnya

menangislah..maybe boleh tenangkan diri..rasa puas bila dah menangis..lembutkan hati..renung balik kekhilafan diri..aku puas bila dapat menangis..rasa semua yang terbeban keluar melalui titisan air mata..

aku kalau nak menangis cari bilik air..ego xnak kasi orang nampak aku menangis..sebab memang hilang sakit tu..lega sangat2..nak menangis depan orang malu..kalau dah mata berair tu apa lagi toilet ar cari..tpi aku susah ar nak sembunyi muka kalau menangis..gle merah muka..hidung merah..mata merah..

jarang jugak nak menangis tapi bila someone kita suka buat kita sakit hati memang senang je nak mengalir air mata ni..plik betul kdang2 benda xptut pun nak sakit hati..alahai hati kenapa lah macamni...cengen deh aku
aku ada satu habit ar..aku memang sakit hati bila apa yang kita nak tau tak dikasi tau waduh waduh bikin panas dalam hati betul..lepas tu mula la nak marah2 nak touching bagai then nangis..isy pelik betul aku ni rasa nak gelak pun ada..macam x matang kan..tp tu la aku..

benda yang patut menangis xnak menangis benda yang xptut tu yang nak menangis..kenapa ea??

hati tolong jawabkan..aku pun xtau kenapa






sekiann~
 
© Copyright 2035 ++AkU pUnyA stOrY++
Theme by alynz