**** ^.^ ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLALLAH HIBARAKATU ^.^ WELCOME TO MY BLOG ^.^ THIS STORY IS ABOUT ME ^.^ ITS ABOUT MY LIFE ^.^****

Tuesday, December 27, 2011

++ Majlis kahwin ++

<<Salam ukhwah to ALL>>

ok hari ni hari apa..hari selasa tapi nak masuk rabu dah pun bukan nak masuk dah masuk..hehe baru berkesempatan nak tulis event yang happen pada hari sabtu 24 dis 2011..

aku cancel gi konsert maher zain last minute..because aku tak sempat nak kejar lar pegi ke ipoh..lagipun kezen balik rumah aku nyh coz kak wa sebelah rumah aku nyh kawin..

jom tgok photo diorang nih hehe sejak bila aku jadi photographer ni..

aku jarang la nak attend wedding orang cam malas gitu..makan-makan balik..memandangkan ni sebelah rumah je masuk pun ikut pintu belakang ..so redah saja la orang ajak pergi akad nikah sekali aku pun follow sebab ada linda kawan aku tu kalau tak haram la nak pergi..macam orang asing pulak nanti hehe

ni masa hari diorang nikah..lama sioot nak nikah pun macam-macam ceramah tok kadi tu bagi..almaklumlah nak melangkah ke alam baru..

~sarung cicin~

lawak siot..malu-malu suami kak wa tu~


nak jugak tangkap gambar dengan kak wa


esoknya majlis persandinganya..malam sebelum tu siap ada fireworks lagi..

~ bagai pinang dibelah dua heheh ~



 ~ cantik manis kakwa ~

dengan linda 

pengantin habis posing kitorang pulak duk posing kat situ..

akhir kata!

SELAMAT PENGANTIN BARU 
KAKWA DAN PASANGANNYA

SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE ANAK CUCU


Note:  okeyh habis satu cerita..ada lagi dua cerita event petang dengan malam..entry lain la pulak ni special wish untuk kak wa sahaja ceceh~

Sunday, December 25, 2011

~produk ayah keluar paper~

salam ukhwah~

produk?

produk apa tu..huhu yang tau tu tau la..yang tak tau sini teman nak bagitau..

ayah ada bisnes sendiri..buat kopi..kira minuman berkhasiat la..so nak tau produk apa then apa-apa je la..malas pulak aku nak cerita so tgok je lah kat blog ni..meh klik [sini]

so ni la keratan akhbar aku nak tunjuk


sinarharian jep..tapi still teruja tau..hahah


nampak aku tak..tu yang tudung hitam tu.rajinnya aku buat kerja *puji diri sendiri nampak* hehe aku tak tau pulak nak masuk paper  kalau tau aku dah kasi peace no war dah..aku rimas diorang nak ambil-ambil gambar dah la mood kurang ok tengah berbalah dengan mr.tuutt..tah2 tu pun aku tengah bermesej gamaknya..sungguh tak bersopan aku..

ala bukan nak temu ramah aku pun..temu ramah my lovely mom tu..so aku buat-buat kerja aje bajet pekerja jap..tapi memang pekerja pun pekerja gitu-gitu je jap on jap off..kalau terdesak tak ada duit kena la kerja juga kat bengkel tu ambil gaji kontrak pulak..gaji bulan separuh-separuh je sebab aku malas nak jadi mak guard kat situ..sungguh buhsan kowt 

aku banyak lagi cerita tau..tapi tak sempat nak menaip so aku publish yang nyh dulu sebab aku teruja hehe first time masuk paper la katakan..produk kecil-kecilan..nak masuk iklan tv mahal gilak kowt so tak mampu lagi..seluruh semenanjung malaysia + sabah insyaAllah la dah ada produk kopi kami ni tapi setakat pasaran kedai makan + persendirian je la..pasaran supermarker dalam perancangan sebab nak kena dapatkan bar code lagi..lama tak lama pun kopi ni dah nak dekat 8 tahun dah beroperasi..memang nampak la perubahan dari satu persatu..

nak tau apa?nanti la aku cerita..aku snap-snap gambar dulu..aku rajin aku post lagi huhu..


ni la produk ayah aku

okey tu sahajalah yang aku nak share hari ini..penat terjun bendang cari ikan haha main selut aku hari ni..aku ada gambar nak tunjuk esoklah aku post


wasalam~



Thursday, December 22, 2011

Kerajaan~

salam ukhwah~


dipetik dari kata- kata hilal asyraf di facebooknya:


Saya rasa hairan dengan orang-orang kerajaan saya yang sering berkata:

"Selama ini kami jaga anda, kami bagi anda duit untuk belajar. Jangan lupa semua itu. Jangan jadi tak sedar diri."

Pertamanya, kerajaan saya kena sedar, itu semua memang tugas kerajaan. Nanti, bila orang lain pegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka perlu buat kerja yang sama juga.

Keduanya, kerajaan saya kena sedar bahawa kerajaan saya yang pergi amalkan demokrasi. Demokrasi adalah berasal daripada perkataan greek yang bermaksud "Kuasa Rakyat". Maka, anda memang berhak ditukar sebenarnya. Sebab tukar kerajaan, memang antara amalan demokrasi.

Ketiganya, kerajaan saya kena sedar bahawa, kami sebagai rakyat ni ok je dengan kerajaan. Bila kerajaan kami silap, kami beri teguran dengan baik. Tetapi lihatlah apa yang kerajaan kami telah lakukan kepada kami selama ini. Sebab itu ada antara kami(dan bilangan ini semakin membesar dari hari ke hari), ingin menukar kerajaan yang kami ada sekarang.

Keempatnya, Janganlah samakan rakyat dengan parti lawan. Kami rakyat ni, tengok mana yang boleh persembahkan yang terbaik kepada kami. Maka kerajaan kami, kalau benar nak kami pilih, buatlah yang terbaik. Janganlah ungkit jasa. Kami bukan tak nampak. Jangan momokkan kami dengan itu ini. Kami bukan tak belajar. 

Kelima, Jangan momokkan kami dengan keburukan parti lain. Kalau parti lain buruk, kami tukar juga nanti. Jangan risau. Jangan ingat kami bodoh. Kami bukan hidup kerana parti.

Jangan sampai kami list semua keratan akhbar, kenyataan kerajaan, peristiwa-peristiwa zalim kerajaan, ketirisan, korupsi kerajaan terhadap kami selama ini.

Susah ke sekadar tukar ke arah yang lebih baik?
Mudah sebenarnya.
Jadi susah hanya kerana nak jaga ramai kroni.
Jadi susah sebab banyak liabiliti.

---------------------------------------
Kalau kerajaan saya tidak mahu ditukar,
maka kerajaan saya kena tukar dirinya ke arah yang lebih baik.





website langit ilahi :http://langitilahi.com/
berhijrah kearah menjadi hamba yang lebih baik


fanpage : langit ilahi


credit to : hilal asyraf

p/s : sokong kata-kata hilal..semakin dekat dengan pilihanraya makin banyak isu politik di bongkarkan..jangan sampai jadi gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah sudahlah


Letak button follow & dashboard memudahkan!

salam ukhwah~

selama aku berblogwalking la kan..blogger yang ada button follow kat atas macam dalam blog aku ni senang aku nak follow





actly aku pun baru buat sebab aku rasa ia memudahkan untuk sesiapa yang blogwalking sepintas lalu macam aku..kadang-kadang susah nak cari mana buton follow ni..karang ada yang fed up terus je tinggal blog tu kan..so sesiapa yang tak ada and tak buat lagi aku syorkan buat la eh tak susah pun..

follow je instruction ni

letak button follow + dashboard sekali

1. pergi design/layout > add a gadget > add html/javascript

2.copy this code

<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID= blog id korang " target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div></div>


3.cara masukkan blog id korang..

nak dapatkan blog id kepada sesiapa yang tak tahu blog id tu dekat mana..korang tengok pic bawah ni then follow jep ok~



4.dah dapat blog id..copy and paste dekat blog id korang tu okey..

5.save and preview blog

kalau berjaya yeayy tepuk tangan hehe selamat mencuba ^.^

buat la eh senang sikit nak terjah blog and follow~

credit to : cik lyssa..thanks~






Segmen CP | Jom Jadi Kawan!



salam ukhwah~

join segmen cp!

nak join klik [sini]

siapa nak blogwalking peserta yang dah join segmen ni [sini]

okeyh

happy bw~

Friday, December 16, 2011

SEGMEN | Jom Blogwalking !




salam ukhwah!


first time rasa nak join segmen2 camni..huhu

jom la join berblogwalking..tambah-tambah kenalan

cane nak join?klik je kat banner tu..

okeyh

all da best ^.^

BloGwaLkinG~

salam ukhwah~

hari ni aku macam tak ada kerja then sangat-sangatlah rajin..so aku terjah blog orang then follow..

aku terjah blog-blog dari segmen cik lyssa banyak gak tuu ada 120 lebeyh kurang..nak join tapi tak sempat huhu

siapa yang baik hati follow aku balik..terima kasih banyak-banyak aku ucapkan yea

selamat berkenalan semua



Saturday, December 10, 2011

Kisah aku di IJN

salam ukhwah~

dah lama aku keluar ijn..akhir bulan 7 lagi..tiba-tiba aku rasa aku nak share sikit la pengalaman aku kat sana..

IJN or istitut jantung negara..


pernah nampak or pernah lalu or pernah masuk or tak tau langsung..

actly aku tak tau langsung aku ada prob jantung..

dan tak pernah terfikir pun nak jadi penghuni di ijn tu..

alkisah cerita aku mula lepas aku habis spm

time aku duk rumah lepas ambil result spm dalam bulan 3 camtu

lepas tu baru aku rasa cepat penat..jalan sikit dah penat then sakit ulu hati nak tido malam tak boleh sebab tak boleh nak nafas selalu sesak nafas 

aku pergi klinik 

then doktor tu cek aku dia kata aku kena gastrik..

mak aku tanya

jantung tak ada apa-apa masalah ke doktor?

selamba rock je dia kata 

ok.tak ada apa-apa masalah

then dia kasi aku ubat gastrik dalam bulan 4 aku jumpa doktor tu..aku pun tak syak apa-apa la

lepas 2 minggu aku makan ubat dia kasi kat aku tu ok la sikit la..

then lepas tu aku sakit balik..

aku pergi jumpa doktor lain pulak..

dia cakap gastrik jugak..tapi dia ada cakap juga jantung aku lain macam la denyut tu laju sangat then dia cakap ada masalah dengan injap..dia suruh jumpa pakar

lepas aku makan ubat dia kasi,macam dah ok so alang-alang aku nak masuk u kena medical check up nanti aku check up la sekali..

lepas je aku buat medical check up tu..doktor tu cakap kat aku

awak ni memang ada masalah jantung ke?

tak ada la doktor

awak punya jantung ni dah besar sangat bukan size orang normal

kan aku medical check up nak pergi u so dia cakap selalunya prob macam ni pihak u tak terima..

dusyy!!at that time aku rasa wahh berkecaii impian aku..sedih kott

then dia nak jumpa parent aku sendiri..tapi aku datang dengan orang lain so aku kena balik rumah balik suruh parent aku datang pulak dia set apoiment petang datang balik..

aku memang tak tau ar nak cakap macam mana kat parent aku

aku balik ajak camtu je mak aku..

aku cakap 

mak doktor nak jumpa dia cakap orang ada problem jantung

then pergi jumpa doktor tu..dia suruh aku masuk wad time tu juga

dekat 2minggu juga la aku kena tahan wad sebab aku kena jangkitan kuman..

waktu tu tarikh nak daftar u pun dah dekat so aku minta la keluar then doktor bagi lepas tu folow up pergi ijn..aku keluar pun tak bape nak sihat sangat..barang-barang pun bertarabur lagi..

pape pun aku pergi je daftar dulu then tengok diorang nak kata apa

then bila aku kasi borang medical check up tu..diorang tak cakap pape pun so aku proceed je la

ada la dalam 2 minggu aku kat u memang teribble ar jugak sebab penat kowt..

dah la nak kena terkejar sana terkejar sini..sian membe aku nak kena tunggu2 aku pulak..

15/6 apoiment date aku dekat ijn..aku keluar pun sehelai sepinggang jep

then sampai sane lepas cek then jumpa doktor

awak dah tahap kritikal ni.kena operate soon

lagi la terkejut beruk..

tapi aku waktu tu no feeling aku macam tak rasa apa-apa pun..waktu doktor tu cakap aku boleh senyum lagi doktor tu cakap

ni dah kritikal ni dik kalau datang lewat memang tak boleh diselamatkan lagi

aku senyum j ar..xtau nak ckap apa xkan aku nak melalak macam dalam filem tu

ap doktor??kritikall??doktor tipu saya kew??doktor wat test lagi..kalau salahh saya saman doktor!!

orang x ada iman je nak mengamuk macam tu..dah memang takdir tertulis macam tu..redha je la doktor tu cakap kat aku

senyum lagi kamu.benda ni bukan main-main..maaf saya cakap memang maut

sentap trus aku..nganguk je la aku..admitted masuk ward waktu tu jgak..operation soon..aku pegi rabu kowt jumaat operation..mau tak terkejut mak aku..

aku sehelai sepinggang je so aku mintak lah balik u jap nak amik barang-barang.balik u pun dengan tag kat tangan macam cabut dari hospital jep


then aku xberapa sihat so tangguh operation ada la dalam 2minggu duk ijn tu.tidak doktor kata aku kena jangkitan kuman kena stay 6bulan kat ijn before operate alhamdulillah aku lepas tak ada infection apa-apa

doktor suruh balik rumah rehat tapi aku balik u nak belajar banyak sangat tertinggal kowt..bru 2 minggu..then nanti aku cuti 2 bulan..macam mne aku nak pick up alahai then aku amik keputusan tgguh lar..

13/7 aku punya date operation..

sebelum tu doktor suruh aku decide nak pakai tisu lembu sementara or pakai besi permanent selama-lamanya..

tisu lembu sementara je 10 ke 15 tahun je tahan xperlu makan ubat cair darah then kena operate lagi..

permanent sepanjang hayat then kena makan ubat cairkan darah risiko aku tak boleh mengandung

waktu nyh emang blur aku tak tau nak decide mana..ayah suruh permanent mak plak sruh sementara doktor pun kata aku muda lagi so better pakai tisu lembu sementara takut nanti complicated bila nak kahwin then nak ada anak camtu

so aku pun decide je pakai tisu lembu but risiko aku kena operate next 10 year


pukul 10 aku dah kena siap-siap sebelum kena tolak masuk dewan bedah..aku pun tak tau aku rasa apa..aku macam redha je apa yang aku lalui waktu tu..

seram jugak deh nak kena bedah tu..jantung pulak dada nyh nak kena belah..

doktor kat situ nak cucuk jarum masuk ikut leher dia tanya aku nak sedar ke jaga..

doktor bius la..aku macam seram jew cucuk jarum ikut tangan pun dah sakit gilaa ni ikut leher..

lepas tu terus aku tak sedar pape..

pukul 6 baru abeh operate then aku terus sedar..aku nampak ayah aku maksu aku..aku rasa dahaga gila aku buat isyarat je nak air

waktu tu aku xleyh cakap pape sebab aku bernafas menggunakan alat bantu pernafasan (ventilator)
aku dalam kategori orang yang sedar cepat..selalunya orang yang operate sedar pukul 3 pagi camtu..tapi aku keluar je dewan bedah aku dah sedar

aku kena tahan sakit ar sebab ada ventilator kat tekak aku..tak selesa sangat..nurse suruh aku tidur je sebab ventilator tu xboleh bukak lagi pukul 5 baru boleh buka then baru dia kasi aku air

waktu nak keluarkan ventilator tu diikuti dengan menyedut kahak dengan menggunakan suction tube yang dimasukkan melalui tiub di tekak..aku kena keluarkan kahak kena teran la dada sakit sangat meleleh airmata aku..sakit tak terkata hanya allah je tau betapa sakitnya aku rasa waktu tu..ubat tahan sakit dia xefek kat aku langsung sampai aku kena pakai morphine untuk tahan sakit

aku kena keluarkan kahak selalu then aku kena batuk..aku tak boleh langsung nak batuk sebab tak tertanggung sakit dekat dada rasa macam nak pecah ada sekali tu aku nak buang kahak tapi termuntah terus..aku nak bangun pun tak boleh memang orang yang kena bantu..paru-paru aku berair doktor kena tebuk pula dada aku masuk tiub bagi air keluar..sakiittt tuhan je yang tahu..waktu nak tarik keluar balik tiub tu sakit ya mat aku asyik tekan morphine jep tak tertanggung rasa sakit tu.. 

mak aku yang jaga aku lepas aku keluar icu kesian dekat mak..lepas 8 hari aku dah boleh keluar then kena rehat 2 bulan..tidur pun tak boleh mengiring

aku rasa tak sanggup nak operate sekali lagi sakitt sangatt bila dah rasa tu tak nak dah rasa macam tu

lagu muhasabah cinta by edcoustic..kalau aku dengar,rasa macam nak mengalir air mata bermakna sangat

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

aku xnak persoalkan sebab semua ni ujian dri dia..mesti ada hikmahnya ingat janji-janji allah

allah takkan membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..albaqarah:286

just sharing kesakitan yang pernah aku alami..bersyukurlah dengan nikmat sihat yang allah kurniakan kepada kita..bila dah sakit ku rasa diri ini tak sempurna bersyukurlah dengan apa yang ada..

doakan aku mudah-mudahan aku tabah menghadapi ujian daripadanya dan sihat macam orang lain

wallahualam~




















Thursday, December 1, 2011

Susah nak puaskan hati semua pihak!

salam ukwah~




pernah tak rasa macam yang aku rasa..

rasa tersepit

rasa serba salah

bila dah buat ikut suka hati..pihak ini terasa pihak itu pun terasa

bila dah rasa tertekan semua orang aku nak marah

susahnya nak puaskan hati semua pihak!!

mesti ada yang cakap:

xpayah nak jaga hati orang..ada orang jaga hati kita ke

tapi bagi aku..aku kena juga jaga hati orang even hati kita pun sakit

ada jugak orang cakap:

pandai-pandai la fikir jangan sampai dua dua pihak terasa


bukan aku taknak fikir tapi bila dah tertekan boleh ke nak fikir?

bila aku di suruh buat something yang perlukan tumpuan then idea nak mencerna

bukan time-time tu aku boleh buat..

bila aku tangguh nantilah aku buat thats mean nanti aku buat juga just aku kena ada mood nak buat..

susah la aku ni.aku tak boleh buat kalau aku tak ada mood..

susah kan?

pihak ini dah terasa aku asyik tangguh..then asyik push aku

ok aku buat..

mood dah datang cantik punya ar..

then satu pihak lagi dah tak bagi aku buat sebab dah lewat malam

aku berkeras juga nak buat

then pihak itu pula terasa..

salah aku ke aku bekeras tak nak dengar cakap?

segala mood aku spoil macam tu je..

aku dah tak boleh buat bila pihak itu dah terasa dengan aku

aku tersepit tengah-tengah

bukan aku tak nak buat kerja yang pihak ini bagi..itulah aku cakap aku need time yang sesuai nak buat..then bila dah masuk feel pihak itu pula ada something prob dengan waktu aku buat..

habis macam mana aku nak puaskan hati semua pihak

truly aku cakap.aku memang tak boleh buat something kalau tak ada mood

nak datang mood + idea pun bukan senang

aku bukan malaikat pun yang semua orang nampak perfect je..aku pun kadang-kadang buat salah dah nama pun manusia tak lari dari buat silap..

bila kita dah tahu dimana salah kita next time kita boleh betulkan..bukan sekali buat salah then terus-terusan nak buat salah..

fikir lar juga pihak-pihak yang di sekeliling kita kan


tapi susah nak puaskan hati semua pihak..kadang kita buat ini tak kena buat itu tak kena

habis macam mana tu..kalau korang la

korang tertekan tak??

aku tak de la tertekan sangat

tapi itulah aku cakap susah nak puaskan hati semua pihak~~~



 
© Copyright 2035 ++AkU pUnyA stOrY++
Theme by alynz