**** ^.^ ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLALLAH HIBARAKATU ^.^ WELCOME TO MY BLOG ^.^ THIS STORY IS ABOUT ME ^.^ ITS ABOUT MY LIFE ^.^****

Saturday, December 10, 2011

Kisah aku di IJN

salam ukhwah~

dah lama aku keluar ijn..akhir bulan 7 lagi..tiba-tiba aku rasa aku nak share sikit la pengalaman aku kat sana..

IJN or istitut jantung negara..


pernah nampak or pernah lalu or pernah masuk or tak tau langsung..

actly aku tak tau langsung aku ada prob jantung..

dan tak pernah terfikir pun nak jadi penghuni di ijn tu..

alkisah cerita aku mula lepas aku habis spm

time aku duk rumah lepas ambil result spm dalam bulan 3 camtu

lepas tu baru aku rasa cepat penat..jalan sikit dah penat then sakit ulu hati nak tido malam tak boleh sebab tak boleh nak nafas selalu sesak nafas 

aku pergi klinik 

then doktor tu cek aku dia kata aku kena gastrik..

mak aku tanya

jantung tak ada apa-apa masalah ke doktor?

selamba rock je dia kata 

ok.tak ada apa-apa masalah

then dia kasi aku ubat gastrik dalam bulan 4 aku jumpa doktor tu..aku pun tak syak apa-apa la

lepas 2 minggu aku makan ubat dia kasi kat aku tu ok la sikit la..

then lepas tu aku sakit balik..

aku pergi jumpa doktor lain pulak..

dia cakap gastrik jugak..tapi dia ada cakap juga jantung aku lain macam la denyut tu laju sangat then dia cakap ada masalah dengan injap..dia suruh jumpa pakar

lepas aku makan ubat dia kasi,macam dah ok so alang-alang aku nak masuk u kena medical check up nanti aku check up la sekali..

lepas je aku buat medical check up tu..doktor tu cakap kat aku

awak ni memang ada masalah jantung ke?

tak ada la doktor

awak punya jantung ni dah besar sangat bukan size orang normal

kan aku medical check up nak pergi u so dia cakap selalunya prob macam ni pihak u tak terima..

dusyy!!at that time aku rasa wahh berkecaii impian aku..sedih kott

then dia nak jumpa parent aku sendiri..tapi aku datang dengan orang lain so aku kena balik rumah balik suruh parent aku datang pulak dia set apoiment petang datang balik..

aku memang tak tau ar nak cakap macam mana kat parent aku

aku balik ajak camtu je mak aku..

aku cakap 

mak doktor nak jumpa dia cakap orang ada problem jantung

then pergi jumpa doktor tu..dia suruh aku masuk wad time tu juga

dekat 2minggu juga la aku kena tahan wad sebab aku kena jangkitan kuman..

waktu tu tarikh nak daftar u pun dah dekat so aku minta la keluar then doktor bagi lepas tu folow up pergi ijn..aku keluar pun tak bape nak sihat sangat..barang-barang pun bertarabur lagi..

pape pun aku pergi je daftar dulu then tengok diorang nak kata apa

then bila aku kasi borang medical check up tu..diorang tak cakap pape pun so aku proceed je la

ada la dalam 2 minggu aku kat u memang teribble ar jugak sebab penat kowt..

dah la nak kena terkejar sana terkejar sini..sian membe aku nak kena tunggu2 aku pulak..

15/6 apoiment date aku dekat ijn..aku keluar pun sehelai sepinggang jep

then sampai sane lepas cek then jumpa doktor

awak dah tahap kritikal ni.kena operate soon

lagi la terkejut beruk..

tapi aku waktu tu no feeling aku macam tak rasa apa-apa pun..waktu doktor tu cakap aku boleh senyum lagi doktor tu cakap

ni dah kritikal ni dik kalau datang lewat memang tak boleh diselamatkan lagi

aku senyum j ar..xtau nak ckap apa xkan aku nak melalak macam dalam filem tu

ap doktor??kritikall??doktor tipu saya kew??doktor wat test lagi..kalau salahh saya saman doktor!!

orang x ada iman je nak mengamuk macam tu..dah memang takdir tertulis macam tu..redha je la doktor tu cakap kat aku

senyum lagi kamu.benda ni bukan main-main..maaf saya cakap memang maut

sentap trus aku..nganguk je la aku..admitted masuk ward waktu tu jgak..operation soon..aku pegi rabu kowt jumaat operation..mau tak terkejut mak aku..

aku sehelai sepinggang je so aku mintak lah balik u jap nak amik barang-barang.balik u pun dengan tag kat tangan macam cabut dari hospital jep


then aku xberapa sihat so tangguh operation ada la dalam 2minggu duk ijn tu.tidak doktor kata aku kena jangkitan kuman kena stay 6bulan kat ijn before operate alhamdulillah aku lepas tak ada infection apa-apa

doktor suruh balik rumah rehat tapi aku balik u nak belajar banyak sangat tertinggal kowt..bru 2 minggu..then nanti aku cuti 2 bulan..macam mne aku nak pick up alahai then aku amik keputusan tgguh lar..

13/7 aku punya date operation..

sebelum tu doktor suruh aku decide nak pakai tisu lembu sementara or pakai besi permanent selama-lamanya..

tisu lembu sementara je 10 ke 15 tahun je tahan xperlu makan ubat cair darah then kena operate lagi..

permanent sepanjang hayat then kena makan ubat cairkan darah risiko aku tak boleh mengandung

waktu nyh emang blur aku tak tau nak decide mana..ayah suruh permanent mak plak sruh sementara doktor pun kata aku muda lagi so better pakai tisu lembu sementara takut nanti complicated bila nak kahwin then nak ada anak camtu

so aku pun decide je pakai tisu lembu but risiko aku kena operate next 10 year


pukul 10 aku dah kena siap-siap sebelum kena tolak masuk dewan bedah..aku pun tak tau aku rasa apa..aku macam redha je apa yang aku lalui waktu tu..

seram jugak deh nak kena bedah tu..jantung pulak dada nyh nak kena belah..

doktor kat situ nak cucuk jarum masuk ikut leher dia tanya aku nak sedar ke jaga..

doktor bius la..aku macam seram jew cucuk jarum ikut tangan pun dah sakit gilaa ni ikut leher..

lepas tu terus aku tak sedar pape..

pukul 6 baru abeh operate then aku terus sedar..aku nampak ayah aku maksu aku..aku rasa dahaga gila aku buat isyarat je nak air

waktu tu aku xleyh cakap pape sebab aku bernafas menggunakan alat bantu pernafasan (ventilator)
aku dalam kategori orang yang sedar cepat..selalunya orang yang operate sedar pukul 3 pagi camtu..tapi aku keluar je dewan bedah aku dah sedar

aku kena tahan sakit ar sebab ada ventilator kat tekak aku..tak selesa sangat..nurse suruh aku tidur je sebab ventilator tu xboleh bukak lagi pukul 5 baru boleh buka then baru dia kasi aku air

waktu nak keluarkan ventilator tu diikuti dengan menyedut kahak dengan menggunakan suction tube yang dimasukkan melalui tiub di tekak..aku kena keluarkan kahak kena teran la dada sakit sangat meleleh airmata aku..sakit tak terkata hanya allah je tau betapa sakitnya aku rasa waktu tu..ubat tahan sakit dia xefek kat aku langsung sampai aku kena pakai morphine untuk tahan sakit

aku kena keluarkan kahak selalu then aku kena batuk..aku tak boleh langsung nak batuk sebab tak tertanggung sakit dekat dada rasa macam nak pecah ada sekali tu aku nak buang kahak tapi termuntah terus..aku nak bangun pun tak boleh memang orang yang kena bantu..paru-paru aku berair doktor kena tebuk pula dada aku masuk tiub bagi air keluar..sakiittt tuhan je yang tahu..waktu nak tarik keluar balik tiub tu sakit ya mat aku asyik tekan morphine jep tak tertanggung rasa sakit tu.. 

mak aku yang jaga aku lepas aku keluar icu kesian dekat mak..lepas 8 hari aku dah boleh keluar then kena rehat 2 bulan..tidur pun tak boleh mengiring

aku rasa tak sanggup nak operate sekali lagi sakitt sangatt bila dah rasa tu tak nak dah rasa macam tu

lagu muhasabah cinta by edcoustic..kalau aku dengar,rasa macam nak mengalir air mata bermakna sangat

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

aku xnak persoalkan sebab semua ni ujian dri dia..mesti ada hikmahnya ingat janji-janji allah

allah takkan membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..albaqarah:286

just sharing kesakitan yang pernah aku alami..bersyukurlah dengan nikmat sihat yang allah kurniakan kepada kita..bila dah sakit ku rasa diri ini tak sempurna bersyukurlah dengan apa yang ada..

doakan aku mudah-mudahan aku tabah menghadapi ujian daripadanya dan sihat macam orang lain

wallahualam~




















17 comments:

teAm!eyL said...

LIKE...makan pon sedap kan kt IJN ~ HUHUHU

ar3^lynnz said...

ngenggg gilerr!!

jiea said...

takot aq bace!!!

Ain Adila said...

gile la...tyme operate emang x ase sakit...tp lps tu sakit nk mampos....pain killer pon x de kesan...

ar3^lynnz said...

subhannallah betol ain sakit sangat every moment aku tekan morphine memang lali je lah

Anonymous said...

eton,,seriously feel sorry for you..may Allah always gives u the strength and courage and determination to encounter all these tests . absolutely this means Allah adores of u..be strong my dear,He always beside u to turn on..^_^

ar3^lynnz said...

thanks~

cliEjoker said...

eton ak dnga story kau rse nk nageh j~ saba tau eton! moga ALLAH sntse ad brsme kau, doa bbnyk!!! hwaiting!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tkut ak dnga citer ko

nanie zainudin said...

kesian kamu.. nanie doakan kamu selamat keh..kamu kena kuat...
follow u sayang..

mohdhazlan Dreadlock said...

pilih yang terbaik...

ar3^lynnz said...

thanks banyak2

syaiful said...

tabahkan hati kuatkan semangat ye :)

zaty said...

be strong ya!never givup.
Allah nk uji arelynzz tu.
Dia nk arelynzz dekat dgn-Nya.bykkan doa insya'Allah Dia mendengar.
semoga cpt sembuh :)

ar3^lynnz said...

thank cik zaty for da wish~

Anonymous said...

eton kuat2!!!

Cikgu Din said...

Teringat kita pun pernah operate tairod dekat leher..Alhamdullillah sudah pulih,masih punya suara untuk mengajar. Insyaallah sakit mengingatkan kita pada masa sihat. Teruskan perjuangan

Anonymous said...

penah operate vsd. sakitnye tuhan je tau

Post a Comment

 
© Copyright 2035 ++AkU pUnyA stOrY++
Theme by alynz